Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk

Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk

Polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang memburu enam ahli kumpulan ajaran sesat Suhaini Muhammad atau Sihulk, selepas dipercayai menghina Islam serta Nabi Muhammad dalam satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata enam individu berusia 20-an hingga 30-an itu dikenal pasti melalui video ajaran sesat tular itu dan kes terbabit dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Nasihat saya, lebih baik sekiranya mereka menyerah diri berbanding membiarkan polis datang kepada mereka,” katanya menurut Bernama.

Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, ajaran Sihulk antara 21 fahaman dan ajaran sesat yang diwartakan haram di negeri itu.

Beliau berkata, ajaran Sihulk jelas menyimpang daripada ajaran Islam apabila penganutnya melihat Nabi Muhammad sebagai tuhan, bukannya rasul.

“Ajaran itu mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, baginda bukan lelaki atau perempuan, dilahirkan atau mempunyai anak yang secara terang-terangan terpesong jauh, sedangkan Nabi Muhammad manusia biasa seperti kita.

“Ini satu penghinaan kepada Islam, ia bertentangan dengan tauhid dan saya percaya orang awam yang memilih ilmu agama sederhana juga boleh sedar ajaran itu sesat.”

Rusuhan di upacara pengebumian

Kamarul Zaman berkata, pihaknya giat memburu 20 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang melakukan rusuhan ketika upacara pengebumian di sebuah premis pengurusan mayat bukan Islam di Johor Bahru Selasa lalu.

Sehari sebelum kejadian itu, katanya, seorang lelaki berusia 30-an dengan beberapa rekod jenayah, ditembak menggunakan senjata api di Taman Melodies dan polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu.

“Keesokan harinya, semasa upacara pengebumian mangsa, sekumpulan 20 individu datang dan membuat kekacauan di tempat sembahyang mendiang, jadi usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 dan 302 Kanun Keseksaan.

Ditanya sama ada pembunuhan itu ada kaitan satu lagi kes bunuh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 2017, beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan itu.

Pada 17 Dis 2017, seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mati ditikam dan dilanggar sebuah kereta dinaiki empat lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi kira-kira 7.30 malam, ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya, sedang mengisi angin tayar kereta di stesen itu. FMT

Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker