Anwar pelawa komuniti perniagaan Saudi melabur di Malaysia

Anwar pelawa komuniti perniagaan Saudi melabur di Malaysia

Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa untuk mengambil kesempatan daripada “kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas’” di Malaysia dengan memperbanyakkan pelaburan.

Berucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Saudi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan menerusi pembaharuan yang menyokong perniagaan.



Beliau menyenaraikan bidang teknologi digital, sekuriti makanan, dan prasarana sebagai keutamaan.

“Saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda,” katanya lapor Bernama.

“Kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia.”

Anwar berada di Jeddah, Arab Saudi untuk majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Islamic Development Bank (ISDB).



Anwar berkata kedua-dua negara menjalinkan perhubungan timbal balik yang baik dari segi pelaburan.

“Saya menggesa anda untuk memberikan segala sokongan yang diperlukan berikutan langkah ini akan memberikan banyak perbezaan kepada dunia Islam, justeru itu, menggalakkan ekonomi yang lebih rancak,” katanya.

Beliau turut berkongsi potensi Malaysia dan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan sehingga menarik minat Amazon Web Services (AWS) baru-baru ini untuk membuat keputusan melabur sebanyak RM25.5 bilion.

Anwar yang juga gabenor ISDB bagi Malaysia berkata, usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan pusat bank itu di Kuala Lumpur menjadi benar-benar signifikan.



“Gunakan pusat ini untuk semua bidang termasuk penyelidikan halal, malah vaksin, berikan tumpuan kepada cabaran baharu, sains, teknologi, inovasi, sekuriti makanan, pendigitalan, dan kecerdasan buatan.

“Pusat Kecemerlangan ISDB Kuala Lumpur mesti bersedia untuk meneroka bidang dan disiplin baharu ini yang boleh memanfaatkan umat,” katanya. FMT

Anwar pelawa komuniti perniagaan Saudi melabur di Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul



Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker