Telekung apa ni Vida?

Telekung apa ni Vida?

Telekung ‘pelik’ dengan kain meleret di lantai yang dipakai usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida, 52, ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naiknya di media sosial.

Telekung yang dipakainya dilihat bersaiz terlalu besar ukuran diameternya sama seperti rekaan busana yang pernah dipakainya ketika muncul di acara Gempak Most Wanted 2022 pada Februari lalu.

Dalam keterangan video itu, Vida, 52, meluahkan kesyukuran selepas selesai menunaikan solat tarawih pertama malam tadi.

“Alhamdulillah, solat tarawih pertama malam ini (semalam). Salam Ramadan dari saya. Selamat berpuasa semua umat Islam,” tulisnya.

Yang mencuit hati adalah komen-komen netizen dalam ruangan komen hantaran di Instagramnya itu.
Advertisement

“Sah ke, solat pakai kanopi?” soal seorang netizen.

“Saf belakang sujud. Bila bangun dari sujud, dah masuk alam lain,” tulis netizen lain.

“Ini, kalau saya beli, makcik, nenek saya pun boleh tumpang telekung sekali,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam video yang dimuat naik, Vida kelihatan sedang berdiri di ruang legar depan pintu masuk utama masjid itu, lengkap bertelekung putih bersaiz besar itu.

Namun, berdasarkan pengamatan, video itu mungkin bukan video yang diambil semalam memandangkan tidak ramai jemaah lain yang berada di situ, tidak seperti malam pertama solat tarawih. HM

Telekung apa ni Vida?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker