MKT Umno bermesyuarat bincang hala tuju

Antara perkara lain yang akan turut dibincangkan termasuk persediaan menghadapi PRN bagi enam negeri.

MKT Umno bermesyuarat bincang hala tuju

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini dijangka membincangkan hala tuju parti itu selepas selesai mengadakan pemilihan pada Sabtu lalu.

Ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsudin, berkata antara perkara lain yang akan turut dibincangkan termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri.

“Selain itu mesyuarat pertama selepas pemilihan biasanya presiden (Ahmad Zahid Hamidi) menjemput untuk majlis angkat sumpah dan suai kenal antara semua MKT baharu dan yang lama.

“Keduanya mungkin presiden lantik (ahli) majlis tertinggi tambahan,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn.

Mesyuarat pertama barisan baharu MKT selepas pemilihan itu dipengerusikan Zahid.

Pada pemilihan itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani berjaya mengisi dua daripada tiga kerusi naib presiden Umno.

Seorang lagi penyandang kerusi itu, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi Khaled Nordin berjaya mengekalkan jawatannya dalam saingan lapan penjuru.

Turut dipertandingkan pada pemilihan itu ialah 25 jawatan ahli MKT.

Bagaimanapun, dua jawatan tertinggi Umno iaitu presiden dan timbalan presiden, tidak dipertandingkan susulan ketetapan Perhimpunan Agung Umno 2022. FMT

MKT Umno bermesyuarat bincang hala tuju

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker