Dr Raduan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM yang baharu

Dr Raduan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM yang baharu

SHAH ALAM: Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Februari lalu.

UiTM dalam kenyataannya, memaklumkan pelantikan Raduan dipersetujui Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bagi menggantikan Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah yang memegang jawatan berkenaan sejak 18 Januari 2021.

Menurut kenyataan itu, Raduan adalah anak kelahiran Alor Gajah, Melaka dan mendapatkan pendidikan peringkat ijazah pertama di Universiti Malaya, sarjana di University of Stirling, Scotland dan PhD di Leeds Business School, University of Leeds, United Kingdom.

“Beliau adalah ahli akademik yang mempunyai pengalaman sangat luas dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi atas penglibatannya sebagai pemimpin utama di universiti awam dan swasta termasuk pergerakan persatuan akademik negara.

“Beliau pernah menjadi Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berjaya melakukan kemajuan dan perubahan yang sangat pesat dan berkesan sepanjang tempoh perkhidmatannya di universiti itu.

“Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam mengenai Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara atas peranannya yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi yang memberikan input kepakaran dalam pelaksanaan program dan agenda memajukan sektor Pendidikan tinggi negara,” katanya.

Menurut UiTM, Raduan juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) dan menerajui Persatuan Pegawai Akademik Kebangsaan disamping Presiden Persatuan Pegawai Akademik, Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Pada masa kini beliau adalah Presiden MPN yang berfungsi untuk menggerakkan kepakaran akademik negara untuk melakukan advokasi awam serta memberi input kepakaran kepada pihak kerajaan, masyarakat dan industri.

“Beliau juga turut memainkan peranan melalui penyertaan dalam pelbagai Jawatankuasa Penasihatan di pelbagai kementerian ian Industri, pertubuhan profesional dalam dan luar negara,” katanya. BH

Dr Raduan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM yang baharu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker