Ibu Syamsul beri gambaran berdamai dengan Sarah ‘mahal harganya’

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tidak berhenti memberi sokongan padu terhadap menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Biarpun ada diminta suaminya Datuk Yusof Haslam agar berhenti mengeluarkan kenyataan tentang kemelut anak menantunya, terbaharu, Patimah menyatakan kesediaan melihat perdamaian Syamsul dan Sarah namun ada syarat yang harus dipatuhi anak lelakinya itu.

Patimah bagaimanapun tidak memperincikan syarat tersebut.



Dalam waktu sama, Patimah juga menyokong sekiranya Puteri Sarah tetap dengan keputusan ingin bercerai dan meneruskan kehidupan bersama dua cahaya mata.

Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat, tetapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Stories, Patimah memahami dengan penderitaan yang ditanggung oleh pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selama lima tahun.

Tambah Patimah lagi, pelakon drama Andai Itu Takdirnya tetap akan menjadi menantu kesayangannya dunia akhirat.



Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah terus berpanjangan apabila pengarah itu enggan melafazkan cerai pada 7 Mac lalu atas alasan yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang.

Susulan itu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Syamsul dan Puteri Sarah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) namun pasangan ini gagal menjumpai jalan penyelesaian di pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada 24 Mac lalu.

Pada 21 Mac, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sehari kemudian, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah pada 22 Mac.



Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak tahun 2020, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Puteri Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker