Anak berang ditegur baca doa laju, bapa ‘makan’ kerusi

 

KAJANG -Berang ditegur membaca doa makan dengan laju, seorang anak bertindak memukul bapanya dengan kerusi meja makan di kediaman mereka di Bandar Puncak Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.37 malam.

Katanya, bapa yang berusia 63 tahun itu cedera di dahi dan tapak tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam semalam.

“Punca kejadian disebabkan anak lelakinya yang berusia 34 tahun membaca doa dengan laju untuk berbuka puasa sebelum ditegur oleh mangsa.

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran berkenaan bertindak menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga kaki patah.

“Seorang daripada anak mangsa kemudiannya meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penangkapan yang dilakukan ke atas suspek, pihak polis turut merampas barang kes iaitu kerusi meja makan yang digunakan untuk memukul mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan /18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

“Seterusnya, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga Isnin.

“Sebarang maklumat mengenai kes ini boleh hubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker