Solat terawih seperti touch n go bukan smart tag

Solat terawih seperti touch n go bukan smart tag

Ramadhan untuk membuat pahala tapi sebanyak mana amalan yang kita lakukan. Ketika solat tarawih, apa yang kita impikan. Sudah tentulah pahala. Tapi adakah pahala itu yang membawa kita ke syurga? Tidak sebenarnya. Kita masuk ke syurga adalah dengan rahmat Allah.

Maka, bulan Ramadhan itu harus diraikan kerana di situlah Allah mendidik hambanya tentang erti rahmat. Biasakan diri untuk mengejar rahmat Allah dan bukannya pahala. Kita berlumba-lumba mengejar pahala dan mengira jumlah amalan yang dilakukan tanpa mengira kualiti ibadat itu.



Fenomena itulah yang berlaku pada bulan Ramadhan terutamanya sewaktu solat tarawih. Tidak tahulah apa yang dikejar, hendak solat yang paling banyak rakaatnya tetapi hendak yang paling cepat habis. Adakah itu yang kita kejar, bangga dengan bilangan rakaat bukannya kualiti solat yang dilakukan?

Percaya atau tidak kalau dikatakan bahawa orang yang solat lapan rakaat itu lebih berkat daripada 11 rakaat yang dilakukan. Solat yang lama itu bukan bacaannya yang lama tetapi bacaannya yang berkualiti.

Kalau boleh diumpamakan solat dulu adalah solat touch n go tetapi sekarang ini boleh diumpamakannya sebagai smart tag. Sampai sesak nafas dibuatnya untuk menyempurnakan rakaat. Peliknya, semua orang mengetahui bahawa solat tarawih itu adalah solat yang beristirahat namun apa maknanya jika solat beristirahat tetapi kita penat. Dinamakan solat istirahat kerana kita merehatkan tubuh supaya nafsu akan semakin tenggelam.

Satu lagi yang tidak berapa setuju dengan budaya masyarakat tentang solat terawih, memang diakui sekarang ini orang sudah mula sedar mengenai kepentingannya. Tetapi yang menjadi masalahnya apabila semua masjid berebut untuk menghabiskan 30 juzuk al-Quran hingga lelah kita dibuatnya. Apa maknanya solat tarawih yang dikatakan istirahat tetapi memenatkan.



Solat itu ibarat berdating dengan Allah. Masih ingatkah lagi ketika zaman kita bercinta, sewaktu hendak pergi berdating apa yang dipakai? Tentunya mahu yang cantik dan wangi, cara bercakap pun lembut dan romantik, dan kita akan rasa tidak sabar untuk berdating.

Begitu juga solat itu kalau dijadikan sebagai dating dengan Allah maknanya kita kena bercakap dengan nada yang lembut, berpakaian cantik-cantik, gembira, kalau boleh kita tidak mahu balik bila berdating. Bila kita solat kelam kabut apa maknanya dating dan bila masanya hendak merayu, melahirkan rasa kasih sayang dan rindu pada Allah.

Hendak membaca surah yang panjang boleh tetapi bacalah dengan nada yang merayu, romantik seperti berdating lemah lembut dan sedap, barulah ada makna. Bukannya kuantiti yang kita kejar tapi kualiti.

Hidup ini perlu menghayati begitu juga di dalam soal ibadat. Ibaratnya makan laju-laju kita tidak akan dapat menikmati rasa makanan yang dimakan. Cuba kita makan lambat-lambat dan menghayati akan terasa sedapnya. Begitu juga apabila kita solat dan berdoa, lakukannya dengan bersungguh-sungguh dan perlahan-lahan sebagaimana kita makan, barulah nikmat solat itu dikecap. Wallahu a’lam



Solat terawih seperti touch n go bukan smart tag

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?



Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker