Kurang ajar! Warga asing cabul remaja perempuan berjaya ditahan

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga asing diberkas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kampung Fajar di sini pada Disember lalu.

Suspek yang merupakan penjual surat khabar itu berjaya diberkas di tepi Jalan Air Jernih, Setapak di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika suspek datang ke rumah mangsa.

“Suspek telah masuk ke dalam bilik kemudian telah memegang badan mangsa, memegang kedua-dua lengan kanan dan kiri serta memeluk mangsa.

“Mangsa kemudian diberikan RM50 sebagai ganjaran,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan dijalankan berhubung kejadian kemudian berjaya memberkas suspek.

“Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker