Muafakat Nasional ‘pengsan’, belum mati – Tuan Ibrahim

Muafakat Nasional ‘pengsan’, belum mati – Tuan Ibrahim

Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan PAS dan Umno masih bernyawa sungguhpun dalam keadaan “pengsan” ketika ini, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata walaupun dua parti itu dalam kerangka politik berbeza, mereka perlu bersama “menyatukan umat Islam”.

PAS dan Umno sebelum ini saling menuduh mengabaikan piagam MN yang diasaskan mereka empat tahun lalu.

Hubungan dua parti itu tegang apabila PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu sekali gus mahukan parti serpihan Umno itu turut menyertai MN.

Umno membantah keras tindakan PAS itu kerana melihat Bersatu sebagai pengkhianat yang berusaha “membunuhnya”.

Dalam wawancara dengan FMT baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata MN tidak patut dilihat sebagai terkubur.

“MN belum mati lagi, (cuma) sedang ‘pengsan’,” katanya ringkas mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 15 Mac lalu yang partinya akan terus bersikap “husnuzon” (bersangka baik) terhadap MN.

“Saya lihat atas asas penyatuan ummah, agenda kita tak pernah berhenti dan jangan lihat bila parti itu tak bergabung maka umat ini berpecah, tidak,” kata Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Zahid turut memberi gambaran hala tuju gagasan itu mungkin akan berubah sekiranya pemimpin parti bertukar.

MN digagaskan Umno dan PAS ketika dalam blok pembangkang sebagai usaha penyatuan ummah pasca PRU14 yang dimenangi Pakatan Harapan (PH). FMT

Muafakat Nasional ‘pengsan’, belum mati – Tuan Ibrahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker