Rundingan kerusi PH-BN rumit – MCA

Rundingan kerusi PH-BN rumit – MCA

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di enam negeri bagi menghadapi PRN lebih rumit.

Beliau berkata, ini kerana banyak perkara perlu diberikan penelitian supaya pembahagian kerusi benar-benar menggambarkan semangat bersatu padu dalam kalangan parti bawah kerajaan perpaduan.



“Ini jadi cabaran utama kepada setiap pemimpin parti kerana kita tahu, kalau dulu, tiga orang makan satu pinggan berkongsi satu dulang makan nasi ambeng. Jika BN bertanding, maka pembahagian hanya bersama parti komponen BN.

“Senario sekarang berbeza, lebih kompleks kerana melibatkan gugusan parti yang ada BN dan PH. Jadi semangat perpaduan perlu digambarkan sepenuhnya dalam konteks pembahagian kerusi ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, setakat ini rundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN masih berjalan dan hanya akan dimuktamadkan pada pertengahan April.

Beliau berkata, banyak lagi aspek perlu diambil kira dan diperincikan termasuk kerusi tradisi ditandingi setiap parti.



“Sejak tubuhnya kerajaan perpaduan, semua percaturan politik jadi berlainan, maka jika tidak (dirundingkan) akan menjadi satu topik hangat yang dibincangkan semua parti.

“Dulu PRU15 yang melawan jadi kawan. Jadi kita nak memikirkan pergerakan bersama supaya nanti mereka yang sudah menjadi kawan tidak menjadi lawan,” katanya.

Rundingan kerusi PH-BN rumit – MCA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker