Asyraf layak jadi pengerusi Mara

Asyraf layak jadi pengerusi Mara

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pelantikan Asyraf Wajdi Dusuki daripada Umno sebagai pengerusi Mara yang baharu selepas mendapat kritikan beberapa pihak.

Beliau berkata, pelantikan itu bukan hanya atas kapasiti sebagai ahli politik tetapi kelayakannya sebagai ahli perbankan sebelum ini.

“Asyraf Wajdi (Dusuki) adalah seorang ‘banker’. Beliau juga pakar dalam ‘Islamic banking’.

“Jadi, bukan sahaja beliau seorang ahli politik. Itulah profesion beliau sebelum terjun dalam politik,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan kunci kepada 10 penyewa projek perumahan Skim Perumahan Rakyat (SPR) Perda di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.

Semalam, seorang aktivis anti-rasuah mengkritik pelantikan Asyraf sebagai pengerusi Mara yang baharu, sambil berkata ia menimbulkan “banyak tanda tanya”.

Edmund Terence Gomez berkata, kerajaan tidak boleh mengambil seorang “ahli politik tidak dikenali” dan melantiknya ke salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata rugi jika pengalaman dan kelulusan Asyraf tidak digunakan untuk membangunkan Mara.

Beliau berharap pelantikan Asyraf dapat membantunya dan barisan kepimpinan di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam membantu membangunkan Mara.

Sementara itu, Zahid turut mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baharu.

“Saya sahkan,” katanya ringkas.

Semalam, pelantikan Noraini menimbulkan tanda tanya selepas tular ucapan tahniah kepada ketua Wanita Umno itu, disiarkan di Facebook agensi berkenaan yang kemudiannya dipadam.

Berhubung sasaran Perikatan Nasional (PN) untuk menang 14 kerusi Melayu di Pulau Pinang, Zahid tidak mengulas lanjut sebaliknya hanya berseloroh.

“Ramai orang mimpi, termasuk mimpi siang hari. Elok-elok kalau masa matahari tengah panas, mimpi terulit apabila tidurnya terlalu nyenyak,” katanya. FMT

Asyraf layak jadi pengerusi Mara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker