Skuad B-22 negara Juara Piala Merlion

Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara pulang ke tanah air dengan penuh senyuman apabila muncul juara Piala Merlion selepas tewaskan Hong Kong 2-1 pada pentas final di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.

Walaupun dipalit kekecewaan dengan keputusan pengadil yang membatalkan dua jaringan Hakimi Azim Rosli dan dihimpit kesilapan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim, dua gol pantas yang dihasilkan pada babak kedua sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan sulung buat Malaysia.

Terdahulu, anak buah E. Elavarasan jelas pasukan lebih baik sepanjang babak pertama apabila berjaya memaksa pasukan lawan lebih menumpukan kepada tugasan bertahan dan peluang keemasan hadir seawal minit ke-12 namun rembatan deras Adam Farham Mohd Faizal sekadar singgah di palang gol.

Selang lapan minit selepas itu, gawang Hong Kong akhirnya bocor tetapi gol yang dihasilkan oleh Hakimi Azim dibatalkan kerana didakwa berada dalam kedudukan offsaid.

Bersambung babak kedua, Hakimi Azim sekali lagi dipalit kekecewaan sama apabila jaringan pada minit ke-58 turut dibatalkan namun penantian skuad negara berakhir apabila pemain gantian Najmudin Akmal Kamal meledak gol pembukaan pada minit ke-74.

Selang empat minit selepas itu, skuad negara makin selesa apabila rembatan Safwan Mazlan gagal disekat penjaga gol Hong Kong, Ng Wai Him.

Bagaimanapun minit ke-80, kesilapan Rahadiazli yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ‘menghadiahkan’ gol saguhati buat Hong Kong dan ia disempurnakan oleh Lau Ka Kiu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker