Syamsul Yusof sedih hubungan dengan ibu makin keruh

Syamsul Yusof sedih hubungan dengan ibu makin keruh

Syamsul Yusof sedih apabila hubungan dengan ibu tercinta, Datin Patimah Ismail menjadi semakin rumit dan keruh susulan konflik rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul berkata, dia percaya waktu akan menjadi ubat dalam menjernihkan hubungan mereka selepas Patimah meminta dia pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu yang berlaku selama ini.

“Saya pun sedih. Siapa yang tak sayangkan ibu. Cuma mungkin bukan sekarang. Hanya masa yang akan menjernihkan keadaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) di sini, hari ini.

Syamsul ditemui bersama sepupunya Muhammad Nazri ketika menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah.

Terdahulu, media melaporkan bapanya yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap Syamsul dapat berjumpa ibunya dan meminta maaf bersempena kedatangan Ramadan.

Malah Yusof juga mendoakan bulan penuh rahmat itu dapat menjentik hati anaknya serta pihak yang terbabit dalam kemelut membabitkan keluarganya.

Sebagai bapa dia sedih melihat situasi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai racun.

Perkara itu susulan tindakan Syamsul menyebut nama ibunya sebagai antara individu yang memintanya menceraikan Puteri Sarah ketika sidang media bersama peguamnya, kelmarin.

Difahamkan, Syamsul sudah lama tidak bertemu ibu bapanya. HM

Syamsul Yusof sedih hubungan dengan ibu makin keruh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker