Tempiasnya kena pada kami – Yusof Haslam
Tempiasnya kena pada kami – Yusof Haslam
“Benda ini berlarutan sampai dalam bulan puasa. Saya pun tak selesa,” kata Datuk Yusof Haslam, 69, mengenai isu rumah tangga dan pelbagai isu panas membabitkan anaknya, Syamsul Yusof.
Yusof ketika dihubungi berkata, dia berharap semua isu yang timbul dapat diselesaikan dan dijernihkan.
“Apa yang berlaku kepada dia, tempias kepada kami juga sebagai keluarga. Tak ada ibu bapa yang nak lihat anak dia jatuh atau terpinggir. Saya harap, Syamsul dapat istiqamah,” katanya.
Ditanya mengenai isu membabitkan Syamsul dan beberapa pelakon lain seperti Datuk Aaron Aziz dan Farid Kamil, Yusof mendoakan agar ada kedamaian buat semua pihak.
“Saya berdoa dan berharap agar ada jalan perdamaian untuk semua pihak. Saya meletakkan diri saya di tempat orang-orang yang terbabit, contohnya Aaron.
“Dia bukan baru saya kenali. Jadi, saya faham situasi yang menimpa dirinya dan berlaku salah faham antara mereka. Semua ini boleh dielakkan dengan adanya pertemuan antara kedua-dua belah pihak. Lagi pun, mereka adalah sahabat,” katanya.
Semalam, Aaron memuat naik video penjelasan mengenai pengguguran namanya daripada terbabit dalam filem The Original Gangster dengan alasan sudah tua dan gemuk.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Syamsul bersedia untuk memenuhi permintaan Aaron dan bersemuka bagi menyelesaikan isu pengguguran nama itu. HM
Tempiasnya kena pada kami – Yusof Haslam
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah