Wanita kecewa ketahui suami gay selepas kahwin [VIDEO]

Dira (bukan nama sebenar) terkejut apabila mendapati suaminya menyukai kaum sejenis. – TikTok

Seorang wanita di Indonesia nekad meminta cerai apabila mendapat tahu bahawa suaminya adalah seorang lelaki homoseksual selepas mereka berkahwin, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Wanita berasal dari Madiun, Jawa Timur itu menceritakan perkara tersebut dalam akaun TikTok @Inissial R.

Video berdurasi 18 saat itu memaparkan majlis perkahwinan mereka sebelum menunjukkan gambar ketika wanita itu berada di Mahkamah Agama untuk proses perceraian.

Menurut wanita tersebut, suaminya telah memfailkan rayuan kerana enggan bercerai.



Wolipop kemudian menghubungi pemilik akaun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Dira (bukan nama sebenar) dan berusia 29 tahun.

Menurut Dira, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya seorang gay setelah membaca pesanan ringkas dalam telefon bimbit lelaki itu dengan bekas teman lelakinya.

“Bekas teman lelakinya mengaku mereka menjalinkan hubungan sejak 2018. Mesej itu mengandungi kenyataan seolah-oleh seseorang telah ditinggalkan kekasihnya,” kata Dira.

Tambah Dira, lebih menyakitkan hati adalah apabila dia mendapat tahu tentang orientasi seksual suaminya ketika baru sahaja disahkan hamil dua minggu.



“Apabila mengetahui semua bukti, saya keguguran akibat tertekan kerana tidak tidur selama dua minggu,” tambahnya.

Kata Dira, dia berkenalan dengan suaminya di laman Instagram pada November 2020 dan berkahwin pada Mac 2021.

Selepas kejadian tersebut, Dira mengakui tidak dapat lagi membuka hatinya untuk mana-mana lelaki dan trauma disebabkan kejadian dengan bekas suaminya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker