Mahathir buat-buat lupa dia yang miskinkan orang Melayu

Semua rakyat tahu sebenarnya kerajaan PH 1.0 jatuh apabila Mahathir letak jawatan. Perangai pembelit dan penipu Mahathir berlarutan hingga ke penghujung usia.

Oleh Norzahira

RAKYAT dihidangkan dengan ceritera lucu yang sangat memualkan garapan Mahathir berkenaan pembelaan nasib orang Melayu. Tindakan Mahathir buat-buat lupa bagaimana beliau punca menyebabkan orang Melayu miskin mengundang kemarahan rakyat. Sungguh rendah pandangan Mahathir terhadap orang Melayu.

Baru-baru ini Mahathir mendakwa orang Melayu hilang segalanya dan miskin selepas dia MELETAKKAN JAWATAN sebagai perdana menteri. Jelas Mahathir dia cuba untuk memulihkan keadaan orang Melayu selepas pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun malangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan.



Kenyataan ini sahaja menunjukkan bahawa Mahathir merupakan pembohong besar. Bagaimana status Mahathir letak jawatan dan kerajaan PH dijatuhkan boleh digunakan pada masa yang sama. Semua rakyat tahu sebenarnya kerajaan PH 1.0 jatuh apabila Mahathir letak jawatan. Perangai pembelit dan penipu Mahathir berlarutan hingga ke penghujung usia.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai perdana menteri.

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi perdana menteri selepas PRU14. Tetapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa kerajaan Perpaduan menghalang usaha untuk menyedarkan orang Melayu melalui acara Proklamasi Melayu. Beliau tanpa rasa malu turut mendakwa orang Melayu menjadi begitu miskin selepas beliau tidak lagi jadi perdana menteri sedangkan ketika Mahathir jadi PM beliau dikatakan “merompak” harta dan kepentingan orang Melayu.



Akhirnya orang Melayu jatuh miskin.

Memetik sumber, Mahathir dikatakan memiskinkan orang Melayu apabila kontrak-kontrak utama dimonopoli oleh anak-anak dan kroni-kroni beliau.

Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie sebahagian dari jawapan terbuka Datuk Seri Najib Razak terhadap sangkalan Mahathir berkenaan ‘STEALING CHICKENS’ -June 26, 2020.

Mahathir cuba sangkal dengan menipu :-



5. Anda mengatakan anak-anak saya (PM 7- Mahathir) diberi kontrak Kerajaan.
6. Saya bahkan tidak membenarkan anak-anak saya berniaga di Malaysia, apalagi mendapat kontrak Kerajaan. Mereka bahkan tidak diberi biasiswa Kerajaan kecuali Mirzan yang mendapatkannya sebelum saya menjadi anggota Parlimen pada tahun 1964. Dan Mirzan terpaksa membayar balik 25%..
7. Hanya setelah saya mengundurkan diri, mereka berniaga di Malaysia – walaupun ketika itu tidak dengan Kerajaan. Tentunya tiada kontrak Kerajaan.
8. Tolong beri bukti dokumen mengenai kontrak yang diberi kepada anak-anak saya, sama seperti bukti dokumen yang membuktikan bahawa anda sebagai MO1 yang telah mengambil wang dari 1MDB.
9. Sila jelaskan tawaran manis (sweetheart deals) yang melibatkan kroni PM 7. Adakah Riza Aziz membeli atau adakah anak-anak saya membeli. Dan siapa kroni saya?

Najib jawab :-

Oh? Anak-anak anda tidak pernah berniaga di Malaysia semasa anda menjadi PM? Dan hanya setelah anda mengundurkan diri mereka mula berniaga?

Adakah Mirzan anak anda ketika dia membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an yang akhirnya memerlukan bailout dari Petronas melalui MISC semasa krisis ekonomi 1998?

MISC Membayar $ 220 Juta Harga Untuk Aset Anak Mahathirhttps://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500



Bukankah MISC dan Petronas melapor kepada anda sebagai PM pada waktu itu? Bukankah Mirzan anak lelaki anda pada tahun 1996 dan siapa PM ketika adik Vincent Tan, Danny Tan menjual Diperdana Corp kepada Mirzan hanya setelah dua tahun Danny membeli syarikat itu?

Diperdana Stake Dijual dalam Perjanjian Dikatakan terkait dengan Anak Mahathir
https://www.wsj.com/articles/SB829923197507848500

Bukankah Mohzani anak anda pada tahun 1997 yang mana anda menjadi PM pada tahun itu ketika dia menjadi pemegang saham terbesar di Hospital Pantai setelah membelinya dari kumpulan Berjaya yang dikendalikan oleh Vincent Tan?

http://lib.perdana.org.my/…/mokhzani%20mahpital…



Selepas itu, kontrak konsesi FOMEMA dan bekalan hospital kerajaan telah diberikan kepada kumpulan tersebut semasa anda (Mahathir) masih PM.

Bukankah anda juga PM ketika kumpulan Kencana milik Mokhzani yang ditubuhkan setahun sebelumnya dianugerahkan lesen fabrikasi (Offshore Structures) utama oleh PETRONAS pada tahun 2002. Kencana Petroleum adalah salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen di Malaysia yang diberikan lesen pada masa itu.

Adakah anda PM Malaysia pada tahun 2002 dan adakah anda juga penasihat Petronas sungguhpun setelah anda meletak jawatan sebagai PM pada tahun 2003 hingga 12 tahun kemudiannya yang mana pada masa itu anak-anak anda menjana pendapatan berbilion-bilion dari perniagaan dengan Petronas?

Adakah anda juga PM pada tahun 2003 di mana anak lelaki anda Mukhriz memiliki Opcom dan syarikat itu dianugerahkan kontrak langsung tanpa tender bernilai RM214 juta oleh Telekom Malaysia atas arahan Kementerian Kewangan? (lihat surat yang dilampirkan).



Kontrak ini berperanan penting untuk membolehkan penyenaraian Opcom di bursa yang juga memberikan satu lagi pulangan yang cukup lumayan.

Siapa Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada tahun 2003?
Dan semasa kali kedua anda menjadi PM, adakah benar bahawa Rancangan Fiberisasi dan Kesambungan Nasional (NFCP) bernilai RM21.6 bilion adalah merupakan satu-satunya projek mega yang dilancarkan dan diumumkan oleh KERAjaan PH dan seterusnya diluluskan oleh kabinet dalam jangka waktu yang singkat yang pecah rekod?

https://www.theedgemarkets.com/…/cabinet-approves…

Dan adakah benar saham Opcom melonjak 50% sejurus projek ini diumumkan kerana Opcom merupakan salah satu penerima utama projek itu?

“Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen. Kenaikan harga saham Opcom mungkin disebabkan oleh berita bahawa Kabinet Malaysia hari ini telah menyetujui pelaksanaan Pelan Fiberisation and Connectivity Nasional (NFCP)

https://www.theedgemarkets.com/…/fbm-klci-cuts-losses…

Siapakah pemegang saham utama dan ketua Opcom pada masa itu? Oh siapa…. Dua daripada tiga anak lelaki anda rupanya.
Dan bolehkah anda menafikan bahawa hanya beberapa bulan sebelum anda bersara sebagai PM buat kali pertama pada tahun 2003, anda memberikan konsesi eksklusif 20 tahun untuk pertaruhan sukan dan judi bola sepak kepada syarikat swasta milik Vincent Tan tanpa tender dan tanpa persetujuan kabinet?

Konsesi ini berpotensi bernilai puluhan bilion Ringgit tetapi syarikat yang dianugerahkan itu hanya perlu membayar yuran RM20 juta sahaja.

“2004: Pemberian lesen yang sebelumnya dirahsiakan untuk konsesi perjudian Malaysia yang berpotensi menguntungkan telah diberikan kepada hartawan Vincent Tan Chee Yioun oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kini menimbulkan kontroversi dalam kerajaan negara itu.”

Lesen Permainan Mencetuskan Kontroversi di Malaysia:
https://www.wsj.com/articles/SB109777782409745553

Jadi, jangan datang dan cuba bercakap tentang mencuri atau memulangkan ayam. Di bawah anda (Mahathir), seluruh reban ayam telah diserahkan kepada kroni anda untuk disembelih.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker