Apa Guna Bekerjasama Dengan PN Kalau PM Selepas ini Adalah Muhyiddin

Oleh Tun Teja

BEBERAPA pihak mempertikaikan keputusan UMNO “go solo” dalam Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) kelak. Sebenarnya pendirian parti Melayu terbesar itu sangat jelas dari mula lagi. Penyatuan ummah tidak bermaksud penyatuan dengan pengkhianat. Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sendiri bertujuan “membunuh” UMNO.

Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari PPBM dan PAS telah membuat ketetapan bahawa calon Perdana Menteri mereka adalah Muhyiddin Yasin. Oleh itu, apa guna bekerjasama dengan PN kalau PM selepas ini adalah Muhyiddin?



Adakah kita mahu percaya yang PAS benar-benar ingin bekerjasama dengan Umno sedangkan parti itu mengistiharkan mereka mahu Muhyiddin sebagai PM pada PRU15, bukannya Ismail Sabri Yaakob.

Muhyiddin telah merosakkan negara dengan sangat teruk ketika menjadi kerajaan dengan mengisytiharkan darurat yang paling panjang di dunia. Pelaksanaan sekatan “separuh masak” menyaksikan peningkatan kes jangkitan ketika tempoh darurat. Ketika ini Malaysia merekodkan kadar kes dan kematian setiap hari antara paling tinggi di dunia.

Kegagalan Muhyiddin semakin ketara apabila beliau mengaku berbelanja RM600 bilion namun keadaan negara menjadi semakin parah sehingga membawa kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengeluarkan titah bersama agar kerajaan tamatkan Darurat dan menggunakan pendekatan baharu melawan Covid-19 dan menjaga ekonomi negara.

Malah rakyat juga berpendapat ‘lockdown’ kerajaan Muhyiddin bukan untuk melawan Covid atau membantu rakyat tetapi bagi menghalang beliau ditumbang agar kerajaan PN milik Muhyiddin ketika itu boleh kekal berkuasa.



Muhyiddin sudah terbukti GAGAL sebagai PM maka tindakan PN mencalonkan beliau sebagai PM dilihat sangat tidak kena pada tempatnya.

Ironinya PN menolak Ismail Sabri sebagai calon PM dengan alasan Muhyiddin adalah Presiden parti manakala Ismail Sabri pula hanya pemimpin yang berada di kedudukan ketiga dalam parti. Hakikatnya PPBM hanya sebuah parti kecil yang ditubuhkan untuk “membunuh” UMNO.

Oleh itu, sangat wajar UMNO tidak bekerjasama dengan PN yang ditubuhkan untuk memusnahkan UMNO dan hanya mengangkat Muhyiddin sebagai calon tunggal PM mereka.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker