Tidur bertilamkan kokain

Tidur bertilamkan kokain

Brasilia: Perbuatan pengedar dadah menyembunyikan ketulan dadah jenis kokain di bawah tilamnya terbongkar selepas polis Brazil menyerbu rumah lelaki itu di Sitio Conceicaozinha, daerah Vicente de Carvalho di Guaruja, pada Jumaat.

Dalam serbuan itu, polis dilaporkan menemui 105 ketulan kokain dianggarkan seberat 112.8 kilogram.



Media tempatan melaporkan, suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditahan dan dipercayai mengedarkan dadah di kawasan setempat.

Hasil serbuan, polis turut menemui pemancar radio di dalam almarinya yang dipercayai digunakan untuk berkomunikasi dengan pengedar dadah lain.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada suspek sudah didakwa dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Terdahulu, rakaman dan gambar menunjukkan anggota polis menyusun ketulan kokain yang dirampas itu.



Dalam kes berasingan, polis menemui tin buah-buahan mengandungi 22 kilogram kokain bernilai 1.75 juta pound sterling (kira-kira RM9.5 juta).

Sebuah syarikat pengimportan makanan didakwa mengatur penghantaran 10 palet yang dikatakan berisi ackee, buah kebangsaan Jamaica ke Bristol.

Pengarah firma itu Derick Everton Grant, 52, ditahan selepas Pasukan Sempadan menemui beberapa kotak dadah, pada Jumaat.

Polis berkata, mereka berjaya menahan suspek berasal dari Jamaica itu yang cuba melarikan diri dari flat Bristol dengan membawa beg mengandungi pasport, sejumlah besar wang tunai dan dua jam tangan bernilai tinggi.



Suspek sudah didakwa atas kesalahan dadah. HM

Tidur bertilamkan kokain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker