Jamal Abdillah jual daging lembu

Jamal Abdillah jual daging lembu

IPOH: Menyahut inisiatif Payung RAHMAH, penyanyi Datuk Jamal Abdillah, akan menjual hasil perusahaan ternakan lembunya pada Jualan RAHMAH Jamal Abdillah Farm selama dua hari bermula Ahad ini.

Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64, itu berkata, sejumlah 12 ekor lembu disediakan dan akan ditambah jika tidak mencukupi.



“Selain bersedekah dan menyahut seruan kerajaan untuk inisiatif Payung RAHMAH, saya ingin memperkenalkan dan melancarkan syarikat Jamal Abdillah Farm untuk orang ramai tahu saya ada perusahaan lembu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata, beliau merancang membesarkan ladang ternakan lembunya di Bukit Merah, Kerian pada masa hadapan.

“Saya merancang membesarkan ladang untuk sekurang-kurangnya dapat menampung pasaran atau keterjaminan makanan supaya tidak ada isu kekurangan makanan,” katanya.

Jualan RAHMAH Jamal Abdillah Farm dengan usaha sama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bakal berlangsung pada 7 dan 8 April ini bermula jam 9 pagi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, yang menawarkan harga daging lembu di bawah harga pasaran.



Daging pejal dijual RM32 sekilogram (kg), daging batang pinang (RM39/kg), tulang (RM26/kg), tulang rusuk (RM32/kg), organ (RM16/kg), kepala lembu (RM60/unit) dan gear box (RM10/unit).

Sebelum ini, Jamal dilaporkan mula berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak Mei tahun lalu dan berhasrat mempromosi bidang pertanian supaya lebih ramai Bumiputera terbabit dalam bidang itu.

Ladang ternakan lembunya seluas hampir dua hektar terletak di Bukit Merah dan dilengkapi kandang lembu yang boleh memuatkan 300 hingga 400 ekor haiwan itu serta kawasan untuk menternak kambing yang juga dalam perancangannya. BH

Jamal Abdillah jual daging lembu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker