Fenomena Tiang Cahaya muncul di Johor Bahru

Fenomena Tiang Cahaya muncul di Johor Bahru

Fenomena Tiang Cahaya kelihatan di Johor Bahru malam tadi dan sempat dirakam serta dikongsikan pengguna media sosial.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial, fenomena ‘Light Pillars’ tersebut muncul di langit malam dan dapat dilihat di kawasan sekitarnya.



Menurut Agensi Angkasa Malaysia, Tiang Cahaya terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.

“Kemudian ketika kejadian suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas. 

Pertembungan kedua-dua keadaan itu katanya menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.

“Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub atau polar.

“Fenomena itu juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini,” ujarnya.



Katanya, Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari. K Online

Fenomena Tiang Cahaya muncul di Johor Bahru

strong>Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker