Bersenam secara berlebihan sejak umur 40, akhirnya lelaki dapat penyakit radang sendi

Lelaki itu mengalami radang sendi akibat bersenam secara berlebihan

Seorang lelaki berusia 60 tahun di China mengalami penyakit radang sendi yang teruk sehingga hampir tidak dapat bergerak kerana bersenam selama lapan jam sehari, lapor laman berita Oddity Central.

Akhbar Shanxy Daily baru-baru ini memaparkan kisah seorang lelaki dari bandar Zhengzhou, wilayah Henan yang mula bersenam secara berlebihan pada usia awal 40-an.

Lelaki itu dilaporkan bersenam selama dua jam setengah pada setiap pagi dengan berjalan, berlari dan melakukan pull up (bergayut pada besi).

Selepas itu, dia akan berenang selama dua jam, melakukan 800 kali sit-up, ratusan tekanan tubi dan bermain badminton.



Tidak jelas sama ada rutin itu dijalankan pada setiap hari kerana ia kelihatan mustahil melainkan dia adalah seorang jurulatih kecergasan atau penganggur.

Rutin itu dilakukan oleh lelaki tersebut selama 20 tahun. Namun, sejak beberapa minggu lalu, lutut dan sikunya menjadi sangat sakit sehingga dia tidak mampu bergerak.

Keluarga lelaki itu membawanya ke Hospital Ortopedik Luoyang di wilayah Henan selepas sakit sendinya menjadi sangat teruk.

Doktor mengesahkan lelaki itu mengalami artritis degeneratif yang sangat teruk, hiperplasia (pengembangan tisu) dan radang sendi siku yang disebabkan oleh senaman berlebihan



Pengarah Hospital Ortopedik Luoyang, Lian Jie mengingatkan orang ramai untuk bersenam secara sederhana, bermula dengan rutin mudah dan mencari sukan yang digemari.

Bagi kebanyakan orang, kekerapa bersenam sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama satu jam atau satu jam setengah sehari adalah masa yang optimum. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker