Fathia Latiff dalam ketakutan
Fathia Latiff dalam ketakutan
Pelakon Fathia Latiff tiba-tiba meluahkan rasa kecewa kerana menyifatkan dirinya tidak diberikan keadilan sepatutnya daripada orang sekeliling.
Perkara tersebut diluahkan Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia binti Abdul Latiff selepas melalui insiden kenderaannya dilanggar oleh individu tidak dikenali di pekarangan sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.
“Saya tak faham kenapa pada zaman ini zalim sangat kepada manusia. Baru-baru ini ketika di kawasan parkir di pusat beli-belah di Shah Alam, ada kereta tiba- tiba mengundur dan langgar kenderaan saya.
“Dia turun kemudian saya maklumkan kepada ayah tetapi ayah minta wanita berkenaan hubungi polis.
“Saya sedih juga tiba-tiba polis suruh datang buat aduan, kalau tidak akan dikeluarkan waran.
“Paling sedih, mengapa ayah tidak minta saya buat laporan polis sebaliknya wanita tersebut yang lakukannya,” katanya dalam perkongsian InstaStory.
Susulan daripada insiden tersebut, Fathia yang popular menerusi drama Ariana Rose merasakan dirinya tidak diberikan keaadilan oleh orang sekeliling.
Malah, dia juga mendakwa ahli keluarga membenci dan kerap tidak memberikan perhatian kepadanya.
“Sedih sebab rasa tak adil dengan layanan yang orang berikan pada saya.
“Setiap kali nak luahkan perasaan, pasti akan ada pihak yang menghalang untuk saya bercakap perkara benar.
“Selain itu, setiap kali saya hendak bercerita, ahli keluarga juga lari daripada saya. Tak faham mengapa mereka benci sangat pada saya. Saya takut,” katanya lagi.
Selain itu, Fathia juga mencuri perhatian apabila muncul membuat siaran langsung Instagram namun seperti dihalang oleh ahli keluarganya.
Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai siaran langsung yang mengejutkan ramai pihak itu.
Sebelum ini, Fathia juga pernah dikecam kerana tindakannya tidak lagi memakai hijab sekitar tahun 2019. K Online
Fathia Latiff dalam ketakutan
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah