Usop bakal jadi bapa, isteri hamil 4 bulan

Usop bakal jadi bapa, isteri hamil 4 bulan

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Usop menerima berita gembira apabila isterinya, Nur Fatihah kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya malam tadi, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor menerima kejutan daripada isteri apabila diberikan alat ujian kehamilan.

“Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini hampir memasuki usia empat minggu. Dia buat kejutan pada saya kelmarin.

“Waktu itu, saya nak mengemas baju kemudian dia suruh saya ambil barang dalam beg. Sumpah memang terkejut. Saya sebak sebab tak sangka rezeki Allah secepat ini. Sebab ada orang yang sampai dua tahun tak dapat lagi rezeki zuriat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah penyanyi yang lahir dari program Mentor itu, buat masa ini isterinya tidak mengalami sebarang alahan, melainkan dia sendiri yang pernah mengidam macam-macam.

“Setakat ini dia tak ada alahan lagi, tapi kan selalunya ada juga kes suami yang mengidam kalau isteri mengandung. Saya teringin macam-macam tapi dia tak pun,” ujarnya lagi.

Kata Usop, 25, dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar seorang bapa pada usia muda memandangkan isterinya memang mahu menimang cahaya mata dengan segera.

“Isteri sudah tentulah dia gembira sangat apabila hamil. Sebab dia memang nak sangat anak, dia suka dengan budak-budak,” kata penyanyi lagu Selamanya itu.

Untuk rekod, Usop berkahwin dengan Fatiha yang merupakan seorang model pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada November 2021 selepas dua tahun berkenalan. K Online

Usop bakal jadi bapa, isteri hamil 4 bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker