Maut jatuh roda Ferris, mangsa dalam keadaan mabuk?

Sebaran :

Maut jatuh roda Ferris, mangsa dalam keadaan mabuk?

KAJANG – Pihak pengurusan tapak mensyaki lelaki yang terjatuh dari roda Ferris di funfair di Kajang, Selangor dan rakannya yang tercedera adalah dalam keadaan mabuk.

Pihak pengurusan yang melakukan siasatan juga mendapati keadaan jentera berada dalam keadaan baik ketika kejadian tetapi mensyaki dua mangsa keturunan India itu pernah mengambil alkohol ketika menaiki roda Ferris.

Semasa memberi bantuan kepada mangsa, mereka mendapati mangsa mempunyai bau arak yang kuat. Pihak pengurusan turut membuat laporan polis mengenai kemungkinan itu.



Ditanya kenapa mereka tidak menghalang dua lelaki itu memasuki funfair, seorang pengurus tapak berkata, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka oleh semua orang menyebabkan pekerja tidak dapat menghidu bau arak.

Walau bagaimanapun, bau alkohol boleh dikesan apabila pekerja cuba memberi bantuan selepas berlaku kemalangan.

Pengurus itu juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tentang tahap keselamatan roda Ferris dan mesin dalam tapak funfair.

“Pihak berkuasa tempatan telah melakukan siasatan dan membenarkan kami terus beroperasi,” katanya kepada Sinchew Daily.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis masih menunggu laporan untuk mengenal pasti sama ada dua mangsa yang meninggal dunia dan cedera berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

Dalam kejadian hampir tengah malam pada 10 November itu, seorang lelaki maut selepas terjatuh dari roda Ferris dalam tapak funfair berhampiran Aeon Cheras Selatan di Kajang, Selangor. MG

Maut jatuh roda Ferris, mangsa dalam keadaan mabuk?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis


Sebaran :

Leave a Reply