PRN Melaka: Amaran kepada calon ‘umpan duit’

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.(Dari Atas) Mohd Shahril, Razali
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.(Dari Atas) Mohd Shahril, Razali

SHAH ALAM – Parti politik dan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diingatkan supaya memahami kesalahan pilihan raya terutama berkaitan aktiviti kempen berunsur rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, kesalahan itu tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009.

Menurutnya, tiada toleransi pada politik wang dan perkara itu tidak harus berlaku pada mana-mana parti politik.

“Untuk mengatasi masalah yang rumit ini kerajaan perlu memperkenalkan Pembiayaan Dana Politik.

“Akta itu dapat dijadikan panduan membezakan di antara dana politik dengan sumbangan kepada parti atau ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai rasuah.

“Rasuah politik termasuk pemberian sumbangan untuk meraih sokongan,” katanya.

Beliau berkata, salah laku dan aktiviti rasuah tertakluk mengikut Seksyen 7 hingga 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, mengikut peruntukan undang-undang itu, segala bentuk rasuah yang dinyatakan adalah berkaitan aktiviti penyamaran, jamuan, pengaruh tidak wajar dan penyogokan yang mana ia mungkin boleh berlaku sama ada sebelum, semasa atau selepas tempoh pilihan raya diadakan.

“Mana-mana kesalahan rasuah boleh juga didakwa di bawah Akta SPRM 2009 yang mana denda lebih tinggi dan tempoh pemenjaraan lebih panjang,” katanya.

Tambah Mohd Shahril, SPRM Melaka menyeru kepada orang ramai atau mana-mana individu untuk tampil membuat aduan dan melaporkan amalan rasuah ketika proses PRN kepada bilik gerakan bertempat di Pejabat SPRM Melaka yang beroperasi 24 jam melalui e-mel [email protected] atau hubungi talian 06-289 6011 atau 06-289 6000.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah bersama SPRM bagi memantau salah laku calon yang berunsur sogokan dan rasuah untuk menarik undi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, sekiranya dikesan hal itu, pihaknya akan terus melaporkannya terus kepada pihak SPRM.

Katanya, SPRM juga mempunyai kolaboratif bersama pihaknya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita menasihatkan mereka (calon) supaya berhati-hati dalam tatacara berkempen kerana kita tidak mahu ada unsur sedemikian (rasuah) yang boleh dikenakan tindakan,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin koyak sampai kena maki Shahrir

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker