#PRNMelaka : Program simbolik 10,000 langkah menuju kejayaan BN bersama Dato Rauf

Oleh Wahida

Semangat untuk pastikan Barisan Nasional kekal menang di Tanjung Bidara telah dizahirkan oleh penduduk Kg Lubok Redan.

Mereka telah menganjurkan program 10,000 langkah, satu program simbolik untuk menuju kejayaan BN pada 20 November 2021 nanti. Program ini disertai beberapa wakil keluarga demi mematuhi SOP kempen pilihanraya yang dikuatkuasakan SPR.



Calon BN DUN Tanjung Bidara, Dato Abd Rauf Bin Yusoh telah dijemput membuat pelepasan program ini. Beliau telah diberi penghormatan penduduk kampung merasmikan pelepasan ini kerana ingin menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana telah menyumbang tenaga dan pelbagai bentuk bantuan ketika masyarakat Kg Lubok Redan menghadapi PKPD bermula 16 Mei 2021 sehingga 29 Mei 2021

Mengikut laporan portal media Sinar Harian, sebanyak 151 rumah melibatkan 531 penduduk di Kampung Lubok Redan yang terlibat. Pelaksanaan PKPD di Kampung Lubok Redan ini adalah agar KKM dapat melaksanakan saringan secara bersasar bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 kepada komuniti luar.

Sejurus dimaklumkan arahan KKM, Dato Rauf selaku Ketua Bahagian UMNO Masjid Tanah telah mengambil langkah pantas mengumpul pelbagai keperluan harian penduduk dan meneruskan kit makanan walaupun selepas waktu tempoh PKPD telah tamat.

Oleh itu, penduduk Kg Lubok Redan tidak melepaskan peluang memberi sokongan dan akan memastikan Dato Rauf menang pada 20 November nanti memandangkan tanggungjawab yang telah ditunjukkan ketika mereka dikurung kerana penularan Covid-19. Dato Rauf juga diyakini dapat meneruskan kesinambungan kemajuan Kg Lubok Redan bagi meningkatkan ekonomi penduduk setempat.



Yang pasti, penduduk Kg Lubok Redan tidak memerlukan orang luar yang hanya timbul ketika berkempen pilihanraya. Penduduk berpegang teguh kepada slogan ‘Tanjung Bidara Indah Tersohor, Hidup Warganya Aman & Makmur’ yang telah diperkenalkan oleh Dato Raof sendiri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker