Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Sebaran :

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Langkawi, yang tular kerana menjual hidangan siakap lebih RM1,000 mempunyai tempoh empat hari lagi untuk menjawab notis Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid, berkata ia susulan tempoh itu dilanjutkan dari tarikh asal daripada Khamis lalu ke Rabu depan.

Beliau menerima laporan daripada penguat kuasa KPDNHEP berkaitan serahan notis pada 6 Nov, yang meminta peniaga terbabit memberi penjelasan terhadap beberapa perkara.



“Kita ada berikan notis kepada peniaga untuk menjelaskan harga makanan yang dijualnya sebelum ini, tetapi masih belum lengkap.

“Dia (peniaga) bagi harga ‘lump sum’ (sekali gus), kita nak perincian lengkap, berapa upah masak dan kos lain secara terperinci,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, makan tengah hari sekumpulan tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal.

Berdasarkan satu resit dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, ikan siakap seberat 7.48kg dipesannya berharga RM1,196.80.



Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan itu termasuk hidangan makanan dan minuman lain ialah RM1,759.50. FMT

Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap kayangan, usahawan nyaris terkena



Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi


Sebaran :

Leave a Reply