Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi

Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi

Kumpulan penggodam Rusia, Conti telah memohon maaf kepada keluarga diraja Saudi selepas membocorkan data sensitif mereka. Sesetengah pakar mengatakan kumpulan penggodam itu meminta maaf kerana takut ‘dibunuh’ dalam tindakan balas dendam dari keluarga diraja Saudi.

Kejadian ini bermula apabila Conti mengeluarkan beribu-ribu fail data yang dicuri dari kedai barang kemas British, Graff. Menurut The Times, beribu-ribu fail yang bocor itu termasuk data sensitif daripada orang penting termasuk David Beckham, Oprah Winfrey, Donald Trump, kepada keluarga diraja UAE, Qatar dan Arab Saudi.



“Kami mendapati data sampel kami tidak disemak dengan betul sebelum dimuat naik ke blog,” tulis kumpulan penggodam tersebut dalam satu kenyataan, “Conti menjamin bahawa sebarang maklumat yang berkaitan dengan ahli keluarga Arab Saudi, UAE dan Qatar akan dipadamkan tanpa sebarang pendedahan dan semakan.”

Kumpulan penggodam yang terkenal dengan serangan siber itu juga berkata selain daripada memadam data yang dibocorkan di laman rasmi Conti, mereka juga tidak akan menjual atau memperdagangkannya. Conti menjelaskan bahawa mulai sekarang mereka akan “melaksanakan proses semakan data yang lebih terperinci untuk sebarang operasi masa hadapan.” Vc

Takut Dibunuh, Hacker Ini Mohon Maaf Selepas Bocorkan Data Sensitif Keluarga Diraja Arab Saudi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker