Adun PAN mengaku cerai bini hanya melalui ‘Whatsapp’

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada Khamis lalu mengesahkan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah melalui WhatsApp oleh Adun Morib, Hasnul Baharuddin terhadap isterinya, Juliani Jalilah Abdullah.

Ketika dihubungi, Juliani berkata Hasnul mengaku di mahkamah bahawa dia pada 14 Okt lalu menyatakan hasrat untuk menceraikannya dengan “talak tiga” melalui mesej WhatsApp.

“Sekarang saya dah berpisah dengan dia, dia ceraikan saya dengan talak tiga.

“YB Hasnul mengaku melafazkan talak melalui whatsapp

“Semalam (kami) ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai. Kes dah selesai. Pihak YB (Hasnul) ada hadir tapi selepas prosiding saya dah tak nampak dia,” kata Juliani, 38, kepada Malaysiakini semalam.

Juliani berkata dia berkahwin dengan Hasnul sebagai isteri ketiganya lapan tahun lalu, tetapi timbalan speaker DUN Selangor itu menceraikan dua isterinya sebelum ini – yang dikatakan atas permintaan mereka – kira-kira sebulan selepas perkahwinannya.

Bagaimanapun, beberapa bulan sebelum mereka bercerai, Juliani berkata Hasnul meminta kebenarannya untuk berkahwin semula dengan bekas isteri keduanya yang baru kematian suami pada Disember lalu.

“Saya bukan tidak setuju 100 peratus awalnya, saya kata ‘kalau you adil okaylah’. Tapi selepas saya fikir beberapa hari, saya jadi tak boleh (terima) dan cuba pujuk dia. Dia jadi agresif, tak suka saya pujuk dia untuk batalkan niat dia,” kata Juliani.

Hal peribadi

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Hasnul berkata perkara itu adalah masalah peribadi mereka.

“Benda ni personal. Benda ni saya pun susah nak cerita, ini hal peribadi. Saya nak kahwin dengan siapa pun hak saya, cuma saya nak cakap masalah rumah tangga ini dah bertahun-tahun,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia juga enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan keputusan mahkamah yang mengesahkan lafaz cerai tersebut.

“Saya sahkan benda itu (cerai) berlaku. Kita suami-isteri kalau dah tak boleh hidup bersama, itu langkah terakhir. Talak berapa saya tak nak komen,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pembelot berdepan kesukaran tanpa BN – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker