Sunatkan Anak Lelaki Semasa Baby Pilihan Ibu Ini, Lebih Senang, Tak Ada Pantang Makan[VIDEO]

Sunatkan Anak Lelaki Semasa Baby Pilihan Ibu Ini, Lebih Senang, Tak Ada Pantang Makan[VIDEO]

Kebiasaanya ibu bapa memilih untuk sunatkan anak lelaki mereka ketika berusia tujuh tahun ke atas. Hal ini kerana sudah menjadi budaya masyrakat melayu dan berpendapat ianya lebih memudahkan dari segi proses penjagaan.

Sebenarnya, boleh sahaja sunatkan anak lelaki ketika masih bayi lagi dan ia tidak menjadi masalah. Perkara ini dapat disamakan seperti seorang perkongsian ibu yang memilih untuk sunatkan anak lelakinya ketika masih bayi dan menarik perhatian netizen.

IBU PILIH SUNATKAN ANAK LELAKI SEMASA BABY

Video tersebut memaparkan bayi lelaki comel bernama Andika selamat disunatkan dan memakai pampers serta dikepitkan ke atas untuk tidak menganggu tempat yang disunat. Jelasnya juga, dia memilih untuk sunatkan anak lelakinya sewaktu bayi kerana menurut sunnah, bayi lelaki boleh disunat seawal umur tujuh hari.

VIDEO DIBAWAH:-

“Seronoknya kecil-kecil dah sunat. Senang nak jaga. Tak ada pantang makan kan,” kata salah seorang pengguna TikTok.

“Alhamdulillah, Andika selamat sudah berkhatan. Dah baik dah, Syukur,” katanya.

Jelas kelihatan dalam video tersebut Andika hanya bertenang dan tidak menangis selepas proses tersebut dijalankan. Pieeja juga menjelaskan lebih mudah untuk dijaga kerana hanya memberi susu dan tiada sebarang pantang-larang perlu diikut seperti orang dewasa.

“BABY RILEK JE BOLEH SENYUM-SENYUM…”

Meninjau ke ruangan komen, ternyata klip di pampers Andika menarik perhatian netizen kerana terlalu comel dan dia tetap masih tersenyum dan tidak menangis.

Ada juga ibu bapa yang bercadang untuk sunatkan anak lelaki mereka dan umur sesuai adalah sebelum mereka mula meniarap. Lebih menariknya, hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk sembuh selepas disunatkan.-SL

Sumber: TikTok Cik Pieeja

Sunatkan Anak Lelaki Semasa Baby Pilihan Ibu Ini, Lebih Senang, Tak Ada Pantang Makan[VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker