PRN Melaka: Ismail Sabri Lawat Bilik Gerakan Parti Barisan Nasional

PRN Melaka: Ismail Sabri Lawat Bilik Gerakan Parti Barisan Nasional

TANGGA BATU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan lawatan ke negeri Melaka dan beramah mesra dengan penduduk setempat di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau terdahulu mengunjungi Bilik Gerakan DUN Sungai Udang kira-kira jam 9.45 pagi tadi disambut pemimpin dan jentera parti Barisan Nasional (BN) Bahagian Tangga Batu.

Difahamkan, kehadirannya adalah untuk memberikan kata-kata semangat kepada calon-calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Kira-kira 50 penyokong dan jentera parti turut berada di Bilik Gerakan berkenaan yang bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

BN mempertaruhkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang buat pertama kalinya menjadi calon pada pilihan raya.

Manakala PN mempertaruhkan Dr Mohd Aleef Yusof, Hasmorni Tamby bertanding atas tiket PH dan Mejar Jeneral (B) Mohd Zahar Hasim mewakili Bebas.

Turut hadir di Bilik Gerakan DUN Sungai Udang itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap veteran UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad.

Beliau sebelum itu juga sempat bersarapan dan beramah mesra dengan penduduk di DUN Telok Mas sebelum meneruskan lawatan ke DUN Lendu dan Asahan.

Beliau dijadual turut meluangkan masa beramah-mesra dengan jentera parti sebelum menamatkan lawatan ringkasnya ke DUN Rim di Jasin.-AA

PRN Melaka: Ismail Sabri Lawat Bilik Gerakan Parti Barisan Nasional

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker