Video Imam hampir dilempang dengan selipar, pihak masjid rayu hentikan penyebaran

KUANTAN: Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini meminta orang ramai menghentikan penyebaran video memaparkan seorang imam jemputan hampir dilempang dengan selipar oleh lelaki kurang siuman ketika menunaikan solat Subuh hari ini.

Imam Besar Masjid Negeri 1, Mohd. Rizzal Mohd. Ali Nafiah berkata, penyebaran video itu perlu dihentikan demi kebaikan semua pihak.

“Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta masjid.



“Pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, tular video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, pagi tadi.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang lalu menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian berkenaan yang dianggarkan berlaku di ruangan solat lelaki masjid berkenaan sekitar pukul 6.18 pagi.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker