Dakwaan Sanusi pelik – Mat Sabu

Dakwaan Sanusi pelik – Mat Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu hairan dengan dakwaan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor bahawa majlis berbuka puasa anjurannya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) dibatalkan sedangkan tempahan dewan belum diluluskan.

“Saya pelik juga dengan dakwaan menteri besar Kedah itu sedangkan pengurusan dewan Maeps belum mengeluarkan apa-apa surat persetujuan menerima tempahan tersebut.



“Sebut harga pun belum keluar,” kata presiden Amanah itu di Facebook.

Beliau mempersoalkan bagaimana Sanusi dan PAS boleh menyebarkan poster majlis berbuka puasa anak Kedah di perantauan bersama menteri besar itu sebelum lokasinya disahkan.

“Biasanya, kalau dah pasti baru kongsi. Jika tak pasti, tolong jangan kongsi.”

Tambahnya, program anak Terengganu di Maeps sebelum ini diadakan tanpa sebarang masalah dan berlangsung mengikut jadual.



“Oleh kerana beliau dah kata program anak Kedah akan dibuat di tempat lain, kami kira tak jadilah.”

Terdahulu, Sanusi mendakwa majlis berbuka puasa anjuran pihaknya “diganggu” selepas dilarang menyertai acara anjuran kerajaan pusat.

Katanya, kelulusan lokasi majlis berbuka puasa anak Kedah bersamanya di Maeps, Serdang, dijadualkan pada 9 April ini ditarik balik.

Sanusi pada Rabu mendakwa dilarang menyertai majlis anjuran kerajaan pusat, termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 dari 23 hingga 27 Mei ini. FMT



Dakwaan Sanusi pelik – Mat Sabu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia



Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker