Tiada pekeliling halang Sanusi hadiri acara kerajaan persekutuan – Zahid

Tiada pekeliling halang Sanusi hadiri acara kerajaan persekutuan – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan terdapat surat rasmi atau pekeliling yang melarang Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor menghadiri sebarang acara rasmi kerajaan persekutuan.

“Saya tidak pernah mendengar adanya arahan untuk beliau (tidak boleh) menghadiri mana-mana majlis rasmi anjuran kerajaan persekutuan, melainkan jika arahan itu dikeluarkan kepada beliau secara peribadi, saya tidak tahu mengenai perkara itu.

“Tiada (surat atau pekeliling). Kalau dakwaan itu benar, mungkin menteri besar Kedah boleh menyebarkan arahan atau pekeliling untuk (yang menyebut) melarang beliau menghadiri mana-mana majlis kerajaan persekutuan.”

Beliau berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, di sini, ketika ditanya mengenai dakwaan Adun Jeneri berhubung perkara itu.

Terdahulu, Sanusi menerusi Facebooknya mendakwa beliau dilarang menghadiri majlis rasmi kerajaan persekutuan, termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) dari 23 hingga 27 Mei ini. FMT

Tiada pekeliling halang Sanusi hadiri acara kerajaan persekutuan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker