Lelaki bakar anjing diburu polis

Lelaki bakar anjing diburu polis

Polis memburu seorang lelaki yang bertindak kejam mendera anjing liar, termasuk memukul dan membakar seekor haiwan itu hidup-hidup.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Fariz Ammar Abdullah, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas ia tular di media sosial, baru-baru ini.



Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah klinik haiwan di sekitar Taman Impian Emas, Skudai.

“Kita terima laporan berhubung kejadian itu pada 2.59 petang, Isnin lalu daripada orang awam.

“Pengadu memaklumkan kejadian seekor anjing dipukul dan dibakar hidup-hidup seorang lelaki dipercayai warga tempatan, di mana video kejadian itu turut tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat Jabatan Veterinar Johor bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Terdahulu, tular video menunjukkan seorang lelaki mendera anjing liar dalam tiga kejadian berasingan, termasuk membakar seekor haiwan itu dalam kejadian terbaru dua hari lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemuda itu membaling pasu ke arah anjing yang mendiami ruang tangga, bersebelahan sebuah klinik veterinar di Johor Bahru pada 8 Mac lalu.

Pada 14 Mac lalu, dia kembali ke tempat sama dan membaling batu serta bata ke arah dua ekor anjing liar itu.

Pada 27 Mac lalu, lelaki berkenaan dilihat memukul seekor anjing liar dengan batang besi sebelum meninggalkan tempat itu dengan kereta, tetapi kembali semula untuk membakar seekor daripadanya. FMT



Lelaki bakar anjing diburu polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia



Athira Yuhada saman Nurul Shuhada

Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker