3 maut termasuk 2 beranak dalam kemalangan di Pontian

3 maut termasuk 2 beranak dalam kemalangan di Pontian

PONTIAN: Tiga lelaki termasuk dua beranak maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM5.7, Jalan Parit Semerah-Parit Kudus petang tadi.

Ketua Polis Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, Muhamad Shah Rizal Jamaludin, 22, dan bapanya, Jamaludin Abd Wahab, 58, serta Muhamad Nor Azlan Roz, 28, yang mempunyai pertalian kekeluargaan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Beliau berkata, seorang lagi penumpang Proton Saga itu, Mohd Faizal Saari, 35, dan pemandu Proton Perdana, Donny Tauh, 20, cedera serta dirawat di Hospital Pontian.

“Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 5 petang tadi, apabila Proton Saga itu dari arah Parit Semerah menghala Parit Kudus dan Proton Perdana itu dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu Proton Saga, iaitu Shah Rizal gagal mengawal kenderaannya lalu bertembung Proton Perdana yang berada di laluannya, sebelum terjunam ke dalam parit berair, mengakibatkan semuanya tersepit,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan itu, katanya, Shah Rizal, Nor Azlan dan Jamaludin yang cedera di bahagian kepala, tangan serta kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.



“Semua jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Pontian untuk tindakan lanjut, manakala Faizal dan Donny menerima rawatan di hospital sama.”

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. FMT

3 maut termasuk 2 beranak dalam kemalangan di Pontian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada



Korek hidung batal puasa?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker