Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari

Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari

Isu pertikaian pelantikan Perdana Menteri hingga menjejaskan pembentukan Kerajaan Persekutuan tidak boleh dibiarkan berlarutan lagi kerana ia memberi kesan lebih teruk untuk pembinaan semula negara.

Lantaran itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, UMNO menyahut seruan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Kita nak cakap apa, kita (Barisan Nasional-BN) kecik. Dulu kita menang 143 kerusi, 133 kerusi. Sekarang 30.

”Kalau nak buat perangai macam menang 143, mana boleh,” katanya ketika ditemubual Buletin FM pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, yang penting sekarang adalah kepentingan negara dan rakyat, bukan lagi parti politik.

Ditanya apakah UMNO akan mengambil kira reaksi penyokong parti itu, Johari berpendirian, tidak ada gunanya BN menjadi pembangkang kalau negara ke belakang.

Lagipun, katanya, bukan semua pemimpin yang berada dalam parti-parti politik tahu buat semua perkara.

“Sebab itu ada talent (bakat) pada parti A, bakat lain pada parti B dan C. Yang paling penting sekarang adalah sanggup tak berkorban untuk 32 juta rakyat dan memacu Malaysia menjadi negara contoh walaupun berbeza ideologi.

Tegas beliau, dalam ekonomi tidak ada ideologi kerana semuanya ‘straight forward’.

“Kalau kita boleh bekerja berpuluh-puluh tahun dengan pelbagai kaum, agama dan budaya, Melayu, Cina dan India, kita bangunkan saiz ekonomi negara daripada RM100 juta pada tahun 1957 kepada RM1.5 trilion sekarang, takkanlah kita kena reverse ke belakang. Kita kena praktikalah.

”Macam saya dulu kalah di Parlimen Titiwangsa tetapi saya terus bekerja untuk mereka (pengundi) sekadar mampu dan akhirnya mereka kembali kepada saya,” ujarnya. MG

Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker