Hanya pembebasan Najib mampu bawa kemenangan Kerajaan Perpaduan

Fenomena Bossku bantu kemenangan bergaya BN pada PRN Melaka dan PRN Johor.

Oleh Norzahira

ISU permohonan Pengampuan DiRaja menjadi fokus utama musuh-musuh politik Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi memastikan permohonan Najib itu gagal diluluskan. Bagi mereka, sekiranya Najib bebas maka peluang pembangkang untuk bergelar kerajaan akan musnah.

Sebenarnya kemenangan besar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu berpunca dari kemunculan Najib berkempen secara besar-besaran dalam PRN tersebut.



PRN Melaka berlangsung pada 20 Nov 2021. BN menang 75% dari semua kerusi yang ditanding (21/28). Dalam PRU di Melaka berlangsung setahun kemudian pada 19 Nov 2022 pula, BN kalah teruk. Dari semua kerusi yang ditandingi, BN gagal memenangi sebarang kerusi (0/6).

PRN Johor berlangsung pada 12 Mac 2022. BN menang 71.4% dari semua kerusi yang ditanding (40/56). Dalam PRU di Johor berlangsung 8 bulan kemudian pada 19 Nov 2022 pula, BN hanya menang 34.6% dari semua kerusi yang ditanding (9/26).

Kita semua tahu bahawa Najib merupakan sebab utama bagi perbezaan yang sangat ketara ini dalam tempoh masa kurang setahun sahaja. Oleh itu, parti-parti lawan sedang menjalankan gerakan untuk gagalkan pembebasan Najib melalui pengampunan DiRaja.

Hanya pembebasan Najib sahaja mampu membawa kemenangan besar dalam PRN kepada Kerajaan Perpaduan. Gagal membebaskan Najib bermakna kerajaan Perpaduan akan hilang peluang menang di kesemua PRN yang akan berlangsung dalam masa terdekat.



Persoalannya mengapa Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga pemimpin PKR, Hassan Abdul Karim memberi peringatan bahawa PH dan partinya akan rebah jika Najib dibebaskan dari penjara dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah sedangkan ini merupakan kenyataan yang sangat bertentangan dengan fakta sebenar?

Pemimpin dan penyokong PH ini sepatutnya sedar bahawa mereka kini sudah tidur sebantal dengan UMNO apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU15.

Bantahan mereka boleh menjejaskan semangat solidariti dalam kalangan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dan ianya bakal membawa kekalahan teruk BN dan PH sekira Najib gagal dibebaskan melalui pengampuan DiRaja.

Adakah Para pemimpin dan penyokong PH berasa sangat selesa dengan sedikit kuasa yang ada sehingga menyebabkan mereka tidak mempedulikan agenda perjuangan parti-parti sahabat yang lain yang membantu pembentukan kerajaan Perpaduan?



Secara rasmi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyokong penuh permohonan Pengampuan DiRaja Najib dalam mesyuarat pada 7 April lalu di mana parti berkenaan memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Benarkah PH serius bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi? Bagaimana dengan kenyataan negatif pemimpin mereka? UMNO amat memerlukan aura Bossku bagi memenangi PRN kali ini.

Adakah pemimpin PH yang keluarkan kenyataan negatif tersebut merupakan “kakitangan” parti pembangkang yang cuba rosakkan kerajaan perpaduan?

Fenomena Bossku yang dicetuskan Najib telah membantu kemenangan bergaya BN pada PRN Melaka dan PRN Johor. Itu adalah fakta yang tidak boleh disangkal.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker