Wanita tinggi lebih 6 kaki sukar temui teman lelaki

Temara mengakui mencari teman lelaki adalah hampir tidak mungkin kerana pilihan yang ada amat terhad. – Marie Temara

Seorang wanita yang mempunyai ketinggian 187.9 sentimeter (6 kaki 2 inci)  mendedahkan bahawa dia sukar bertemu teman lelaki yang sesuai disebabkan keadaan fizikalnya, lapor portal berita MailOnline.

Marie Temara  dari negeri Florida berkata, dia berusaha untuk membuang stigma terhadap dirinya namun sukar menemui pasangan yang sesuai.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia sukar keluar temu janji kerana hanya dua peratus daripada populasi di negeri itu mempunyai ketinggian melebihi 190 sentimeter.

“Saya mengaku amat sukar untuk menemui lelaki lebih tinggi daripada saya. Mencari teman lelaki adalah hampir tidak mungkin kerana pilihan yang ada amat terhad.



“Saya juga kerap  diberitahu bahawa tiada lelaki sukakan gadis tinggi, saya kelihatan seperti lelaki yang memakai kasut tumit tinggi serta saya terlalu berat untuk menjadi wanita,” katanya.

Temara bagaimanapun baru-baru ini mula bertemu janji dengan lelaki lebih rendah dan dia kini  lebih terbuka untuk mengadakan temu janji dengan mana-mana lelaki.

“Namun, ada masanya agak sukar untuk menemui lelaki yang tidak kisah dengan bentuk fizikal saya yang lebih tinggi. Saya berharap dapat mengubah stigma bahawa ‘lelaki perlu lebih tinggi dalam sesuatu hubungan’ kerana ketinggian tidak penting,” ujarnya.

Temara bagaimanapun merupakan individu paling rendah dalam keluarganya.



Bapanya mempunyai ketinggian 190 sentimeter,  manakala ibunya berketinggian 195.8 sentimeter, selain abang dan adik lelakinya mempunyai ukuran tinggi masing-masing 205.7 sentimeter dan 208.2 sentimeter. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker