Pintu hati sudah dijentik – Intan Najuwa

Pintu hati sudah dijentik – Intan Najuwa

Sudah terang lagi bersuluh, gosip pertunangan pelakon sensasi, Intan Najuwa bersama individu bergelar Datuk bukan rahsia lagi.

Ia diperkukuhkan lagi Intan dilihat hadir ke sebuah acara bersama seorang ‘peneman’ dipercayai tunangnya itu.



Bagaimanapun, identiti jejaka itu belum dapat dipastikan berikutan Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, tetap dengan pendirian mengunci mulut mengulas berhubung soal peribadi.

Biarpun mengakui hatinya sudah menjadi milik seseorang, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu menegaskan, belum bersedia berkongsi berkongsi isi hatinya dan hanya mahu memberi fokus terhadap kerjayanya, buat masa ini.

Intan berkata, dia tidak mahu terlalu menjaja kisah peribadi kepada khalayak, sebaliknya lebih selesa menunggu waktu sesuai untuk membuat pengumuman mengenai statusnya.

“Saya tiada apa yang mahu dikongsikan mengenai soal peribadi. Macam biasalah hal peribadi tak perlu disensasikan.



“Tetapi, apa yang saya boleh katakan, pintu hati saya sudah dijentik seseorang, cuma biarlah rahsia dahulu.

“Bagi yang tahu, tahulah. Perancangan ke fasa seterusnya akan dimaklumkan jika ada masa yang sesuai.

“Kalau boleh soal peribadi saya tidak mahu ‘jual’ kepada khalayak atau media sosial.

“Selagi boleh simpan, saya akan lakukannya. Bagaimanapun, seperti apa yang sudah diperkatakan, saya sudah memiliki seseorang dan gembira dengannya,” katanya kepada BH Online.



Menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu mahu lebih berhati-hati dalam soal perhubungan bersama jejaka pilihan dengan tidak terlalu menghebahkan termasuk membuat perjanjian di luar kemampuan.

“Kali ini, saya mengambil langkah menyimpan soal peribadi supaya tidak ada perkara negatif yang boleh mengeruhkan keadaan pada masa akan datang.

“Soal melangkah ke fasa seterusnya bukan saya tidak mahu cakap sebab takut dan masih belum bersedia. Saya tidak mahu berkongsi kerana ia adalah kisah peribadi sebab orang boleh muak.

“Jadi, disebabkan umur saya sudah semakin meningkat dan matang berfikir, jadi lebih baik saya simpan soal peribadi sedikit dan hanya berkongsi hal kerjaya dan sebagainya,” katanya.



Ditanya kerisauan beralih ke fasa berumah tangga, Intan berkata, dia hanya mahu melakukan yang terbaik bersama pasangan, biarpun sedia maklum mengenai pelbagai cerita kepincangan rumah tangga membabitkan selebriti.

“Saya tidak takut dengan perkara berkaitan kemelut rumah tangga sebab saya sendiri masih belum berkahwin. Cuma, sekarang saya hanya melakukan yang terbaik sahaja kerana masing-masing ada alam perkahwinan tersendiri.

“Bagi saya, perkara ini terletak kepada diri masing-masing dan saya tidaklah sampai takut.

“Saya ada dengar cerita mengenainya kemelut rumah tangga, tetapi saya tidak mahu bercakap apa-apa kerana masih belum masuk ke alam perkahwinan.



“Apa yang boleh diperkatakan akan berbalik kepada diri sendiri, jadi sekarang saya mohon mendoakan yang baik-baik. Semoga semua perkara baik itu akan berbalik kepada anda semua,” katanya.

Dalam masa sama, Intan mengakui tidak serik menjalinkan hubungan cinta biarpun pernah merasai keperitan putus tunang.

“Ini semua pengalaman. Disebabkan itulah, saya kena privasi dan ini juga salah satu cara mengelak orang bercakap perkara yang tidak baik mengenai saya, keluarga dan orang sekeliling.

“Jadi apa yang saya boleh dikongsi sekarang adalah mengenai kerjaya atau perniagaan. Jika soal peribadi, saya minta maaf sangat.



“Apabila sudah sampai waktunya saya akan berkongsi kepada semua.

“Tetapi orang nak cakap apa sekarang, terpulanglah. Saya tidak boleh sekat atau cakap apa-apa. Bagi saya, masing-masing ada cara dan pendapat sendiri,” katanya.

Terdahulu, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan tidak bertahan berikutan tiadaCapt persefahaman.

Memulakan kerjaya seawal usia 18 tahun selepas diperkenalkan oleh penerbit, David Teo.

Intan mula mendapat perhatian selepas membawa watak Abby dalam drama Hantu Punya Boss pada 2016. BH

Pintu hati sudah dijentik – Intan Najuwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker