Siti Nurhaliza, Amy Search serikan Himpunan Madani di Kedah
Siti Nurhaliza, Amy Search serikan Himpunan Madani di Kedah
ALOR SETAR – Dua artis terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search bakal menyerikan Himpunan Madani yang dijadualkan berlangsung di Dataran Stargate, di sini, Jumaat ini.
Pengarah jawatan kuasa induk program tersebut, Datuk Zamri Yusuf berkata, dua artis terbabit akan membuat persembahan khas bagi menghiburkan tetamu yang hadir.
Selain itu katanya, program tersebut bakal menampilkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, ia bagi memberi penerangan jelas kepada orang ramai mengenai konsep madani yang mahu diketengahkan menerusi program tersebut yang akan bermula seawal pukul 5 petang dan dijangka berakhir 11.30 malam.
“Pada sebelah petang akan ada sesi pidato daripada beberapa pihak mewakili suara anak muda, wanita, pesawah, petani dan nelayan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah di sini, hari ini.
Menurut Zamri, program diteruskan dengan sesi munajat selepas solat maghrib, diikuti sesi pidato daripada pimpinan PH dan BN peringkat negeri.
“Ia disusuli persembahan dua artis terkemuka tersebut dan seterusnya sesi pidato pimpinan peringkat nasional termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.
Tambahnya, kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada ke program berkenaan dan berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan dengan antara hadiahnya adalah lima buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda Wave,” katanya. K Online
Siti Nurhaliza, Amy Search serikan Himpunan Madani di Kedah
Baca Artikel Menarik:
- Culik lelaki depan hotel, 3 lagi suspek ditahan
- Bakal pengantin berbogel di tengah jalan raya
- Baru pulang umrah pakai gaun nampak paha
- Mahathir puji kecanggihan dan perkhidmatan MRT
- Ira Kazar Beraya Di Rumah Mentua?
- ND Lala muncul di rumah Kazar (Video)
- Apa Bung buat dengan Zizie?
- Ira Kazar kena sindir di majlis hari raya, “you jangan buat hal la” (Video)
- Khairul Aming dah berpunya? (Video)
- Lambat dapat makanan, wanita mengamuk curah kuah kari
- Isu skandal seks Exco Melaka, ini pendirian dan komen Ketua Menteri
- Mahkamah perlu ‘blacklist’ scammer, Aaron Aziz maksudkan siapa?
- Enot buntu cari RM18,000 bedah lutut
- Penyondol boleh bau duit – Ahmoi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami