Badan Peguam “busy body” – Zahid

Badan Peguam “busy body” – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Badan Peguam sebagai “busy body” (tukang sibuk) dan selektif.

Ia apabila badan itu memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan prosiding kes jenayah terhadapnya.



Berdasarkan afidavit difailkan 4 Januari lalu untuk membatalkan permohonan kebenaran semakan kehakiman berkenaan, Ahmad Zahid menegaskan tindakan Badan Peguam itu bersifat tidak bertanggungjawab, selektif dan berat sebelah.

Katanya, hanya pihak yang terjejas teruk atau terkesan dengan teruk dengan keputusan Pendakwa Raya yang boleh memohon suatu kebenaran permohonan semakan kehakiman bersabit kes terhadapnya, dan adalah jelas ia tidak terpakai kepada badan terbabit.

“Pemohon cuba menggambarkan suatu imej sebagai juara keadilan ‘Champions of Justice) kepada masyarakat awam dengan mempersoalkan keputusan Peguam Negara dan mahkamah yang membenarkan lepas tanpa bebas (DNAA) bersabit tuduhan jenayah membabitkan kes saya.

“Akan tetapi, melihat kes undang-undang lepas iaitu keputusan sama oleh Peguam Negara terdahulu dalam kapasiti sebagai Pendakwa Raya yang membenarkan DNAA atau pelepasan dan pembebasan kes berkaitan ahli politik lain, pemohon hanya berdiam diri atau takut atau bisu dalam tindakan mereka,” katanya.



Ahmad Zahid berkata demikian dalam afidavit itu berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September tahun lalu yang melepas tanpa membebaskannya daripada lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi selepas pendakwaan memaklumkan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Presiden UMNO itu.

Tambahnya, Badan Peguam juga menunjukkan kelakuan tidak rasional dan tidak munasabah dalam mempersoalkan kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara yang menjalankan tugas sebagai Pendakwa Raya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau dinasihati oleh peguam dan percaya bahawa keputusan Peguam Negara memohon perintah DNAA termaktub sepenuhnya di dalam kuasa perogatif dan kuasa selaku Pendakwa Raya di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi, Badan Peguam juga tidak mempunyai apa-apa keupayaan undang-undang atau locus standi yang memadai untuk memfailkan dan mengekalkan permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara dan dirinya.



Sementara itu, dalam prosiding hari ini di Mahkamah Tinggi, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mewakili Peguam Negara, berkata peruntukan Seksyen 254 (1) Kanun Tatacara Jenayah membenarkan Pendakwa Raya memohon bagi DNAA selepas peringkat prima facie.

Katanya, Badan Peguam tidak memenuhi keperluan udang-undang bagi mengemukakan permohonan terbabit dan ia juga gagal membuktikan bahawa tindakan Peguam Negara itu tidak rasional dan tidak sah.

Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili Badan Peguam kemudian memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya akan merujuk persoalan perlembagaan berhubung permohonan kebenaran itu ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh yang meneliti afidavit-afidavit tersebut kemudian menetapkan 6 Februari ini bagi pengurusan kes. K Online



Badan Peguam “busy body” – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker