Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira telah memilih lagu nyanyian Datuk Awie sebagai lagu yang paling memberikan kesan kepada hidupnya.

Menurut Erra Fazira, lagu Ratuku nyanyian Awie benar benar memberikan kesan kepadanya. Kerana lagu tersebut menurut Erra Fazira ditujukan kepadanya.



Menurut sumber Diskograf, lagu ‘Ratuku’ nyanyian Awie merupakan lagu yang diterbitkan pada 1994. Bermakna lagu tersebut sudah pun berusia 30 tahun.

Ianya antara lagu sentimental jiwang yang sangat popular dan masih menjadi siulan muda mudi hari ini.

Lagu tersebut muziknya dicipta oleh Johari Teh dan lirik dihasilkan sendiri oleh Awie.

Semua peminat hiburan pasti tahu bahawa Erra Fazira dan Awie satu ketika dahulu merupakan pasangan kekasih sensasi.



Kini Erra Fazira sendiri mengesahkan bahawa lagu Ratuku adalah lagu yang khas untuknya.

Erra Fazira menjawab soalan daripada Angah ketika di konti Sinar FM tentang lagu yang ada memberikan kesan kepadanya atau pernah ditujukan kepada dirinya.

Erra berkata: “Ada satu lagu la, lagu ni mengimbau sedikit. Sebab lagu ni memang untuk kita [saya]. Lagu Ratuku [nyanyian Awie].”

Erra Fazira kemudian menambah, walaupun perkara itu sudah lama berlalu, dia cuma rasa perkara itu agak nostalgia dan sangat manis apabila dikenangkan.



Kini kedua duanya sudah menjadi sahabat baik dan menumpukan kepada keluarga masing masing.

Berbalik kepada mengimbau kembali lagu yang pernah ditujukan kepadanya itu, Erra berkata:

“Lagu itu sangat bererti dan bermakna. Walaupun benda dah lepas dah pun. Tetapi sangat manis bila dikenangkan balik. Lagu itu untuk kita.” VC

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker