Pelanggan bungkus dan kira sendiri harga makanan

Restoren pertama dalam Malaysia yang lakukan ini.

Pelanggan bungkus dan kira sendiri harga makanan

Sudah menjadi satu perkara biasa buat pemilik kedai mempunyai pekerja bagi menjaga barangan jualan dan juga transaksi pembayaran seharian.

Namun, pendekatan berbeza yang diambil oleh seorang pemilik restoran makanan apabila membawakan konsep layanan diri yang luar biasa sehingga menjadi bualan ramai di media sosial baru-baru ini.



Apa tidaknya, pelanggan diminta melakukan segala perkara dengan sendiri untuk pembelian juadah di kedai itu. Ini termasuklah perlu membungkus juadah dengan sendiri kemudian membenarkan pelanggan mengira harga yang sepatutnya dibayar berdasarkan notis yang ditampal.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan keadaan kedai yang dipenuhi dengan lauk-pauk selain pelanggan yang keluar masuk membeli makanan tengahari.

“Memang lain dari yang lain. Kedai ini keistimewaannya menjual masakan Melayu.Lauk yang dijual sangat sedap dan harga juga berpatutan.

“Bezanya dengan kedai lain mereka tidak menyediakan tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Ramai orang bekerja beli di sini, grab and go sahaja,” katanya dalam video tersebut.



Menariknya, peniaga itu juga membenarkan bayaran dibuat secara harian, mingguan atau pun bulanan.

“Layan diri. Sila buat kiraan harga sendiri dan masukkan bayaran di dalam bekas yang disediakan

“Jika tidak pasti, sila ambil gambar makanan dan WhatsApp ke nombor ini 0173401762. Kami juga ingin memaklumkan tiada pekerja yang akan membantu membungkus makanan dan membuat kiraan harga.



“Bayaran boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan,” tulisnya pada notis yang ditampal pada dinding kedai di 16 Sierra, Puchong, Selangor.

Malah bayaran juga boleh dilakukan menerusi kod QR yang dikongsikan atau secara tunai di kaunter tanpa penjaga.

Dia buat business macam dia meniaga dekat dalam kolej je weh 🤣

Customer datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira & bayar. Semua bergantung pada kejujuran customer



Aku syak owner dia introvert pic.twitter.com/xG1XY7555T
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) January 8, 2024

Video yang dikongsikan pengguna X @_NazriH itu mendapat perhatian warganet. Ramai warganet yang tertanya-tanya bagaimana pemilik kedai itu boleh menjalankan model bisnes sebegini dengan yakin mempercayai orang awam.

Ada juga yang berpendapat berkemungkinan pemilik mahu berniaga sambil bersedekah tanpa mengira keuntungan semata-mata. Dalam pada itu, sebahagian pengguna juga meminta agar orang awam agar bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan terhadap kepercayaan yang diberi. Vc

Pelanggan bungkus dan kira sendiri harga makanan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker