‘Kami sudah boleh mandi’

‘Kami sudah boleh mandi’

KOTA KINABALU: Isu air di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilaporkan meruncing sebelum ini, mula menunjukkan pemulihan sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu diakui pelajar yang tinggal di ketiga-tiga kolej kediaman UMS berdasarkan situasi semasa bekalan air di kampus yang lebih baik berbanding minggu lalu dan sebelumnya.



Mereka mengakui perubahan itu berlaku selepas lawatan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang disambut demonstrasi isu air oleh pelajar UMS pada Isnin lalu.

Penghuni Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Rafae, Jacyntha Sintar, 22, berkata situasi sebelum ini amat berbeza terutama selepas majlis konvokesyen pada akhir tahun lalu.

“Selepas majlis konvokesyen pada Disember lalu, air mati (terputus), berminggu-minggu tiada masuk di rumah, jadi pelajar tersiksa sebab tiada bekalan air.

“Kalau ada pun di tangki luar blok dan ada juga yang mandi di kafe, tapi ada masa kafe pun tiada air, jadi memang susah.



“Ada yang beli air botol untuk mandi sebab kecemasan langsung tiada air.

“Baru-baru ini bekalan kembali normal dan laju, kami boleh mandi dan urusan jadi lebih mudah selepas menteri datang ke kampus,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nurafidah Mudding, 22, yang menghuni Kolej Kediaman Tun Fuad, berkata ketiadaan bekalan air amat menyukarkan urusan harian.

“Paip di semua blok kering, kalau ada pun di tangki bawah dan kami yang tinggal di aras tinggi terpaksa ke bawah mengangkut air.



“Kadang-kadang tangki bawah pun tiada air. Syukurlah sekarang keadaan sudah lebih baik, siang malam ada air dan kehidupan kami jadi lebih mudah,” katanya.

Penghuni Kolej Kediaman Tun Mustapha, Ong Seong Jeng, 22, mengakui situasi air yang dialami sebelum ini amat memeritkan.

“Ada air waktu pagi dan kemudian tiada air pada petang dan malam sudah menjadi perkara biasa, malah bekalan air tiada hingga seminggu juga pernah berlaku.

“Beberapa hari kebelakangan ini situasi bekalan air nampaknya semakin baik dan kami dapat mandi serta mencuci pakaian dengan sempurna,” katanya.



Sebelum ini, ada pelajar mengakui tidak mandi berhari-hari akibat masalah air di kampus berkenaan, selain selain terpaksa mencari air dari satu blok ke blok lain hingga ke fakulti dan di luar kampus.

Difahamkan, bekalan air di kampus universiti itu semakin baik sejak beberapa hari lalu menerusi penghantaran bekalan air bagi memenuhi tangki sedia ada sebelum disalurkan ke kolej kediaman. BH

‘Kami sudah boleh mandi’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas

Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker