KPT tidak terima arahan tutup Uniten

KPT tidak terima arahan tutup Uniten

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan belum menerima sebarang arahan berkenaan cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. kadir berkata, pihaknya telah membuat semakan berkenaan perkara tersebut dan belum menerima maklum balas berkenaan penutupan tersebut.



“Pegawai kanan saya telah buat semakan, dan setakat ini saya masih belum menerima sebarang keputusan berkenaan penutupan Uniten seperti yang diperkatakan,” katanya ketika menyampaikan Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Kerajaan Pahang bersetuju terhadap cadangan penutupan universiti terbabit dan mahu keputusan itu dikaji semula.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas membuat keputusan sebulat suara dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Penutupan pengoperasian Uniten tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik kepada rakyat terutama berkaitan kelangsungan pengajian anak-anak muda dan peluang perniagaan serta pembangunan ekonomi penduduk setempat,” katanya. Utusan



KPT tidak terima arahan tutup Uniten

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker