Mahathir bidas Anwar, susah nak siasat PM, TPM dan ketua SPRM

Mahathir bidas Anwar, susah nak siasat PM, TPM dan ketua SPRM

Mahathir Mohamad menepis dakwaan mengatakan bukan senang untuk siasat individu bergelar “Tun”, berbanding menyiasat perdana menteri dan timbalannya, atau ketua pesuruhjaya badan antirasuah.

Bekas perdana menteri itu berkata mudah untuk siasat beliau kerana “kerajaan punyai kuasa”.



“Yang susah nak siasat ialah perdana menteri, kepala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susah nak siasat, pegawai tertinggi kerajaan seperti timbalan perdana menteri,” katanya pada sidang media.

Anwar pada Sabtu berkata bukan senang mahu siasat individu bergelar Tun atau orang kaya yang besar-besar berbanding ketua kampung atau cikgu.

Beliau tidak menamakan mana-mana individu, namun komen ini muncul selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuka siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, berdasarkan maklumat dalam Kertas Pandora.

Daim menyifatkan siasatan itu sebagai suatu “pemburuan”.



Dalam perkembangan lain, SPRM turut memanggil anak Mahathir, Mirzan, bagi membantu siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mahathir bidas Anwar, susah nak siasat PM, TPM dan ketua SPRM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker