Marzuk minta Umno sambung usaha RUU355 PAS

Marzuk minta Umno sambung usaha RUU355 PAS

Bekas timbalan menteri hal ehwal agama ‘menjemput’ Umno menyambung usaha PAS membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary daripada PAS, berkata draf RUU 355 telah disiapkan “dengan sempurna”, serta disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt 2022.



Beliau menambah, draf itu “sepatutnya sudah sedia untuk dibawa ke Parlimen pada bila-bila masa”.

“Sekiranya kerajaan perpaduan serius ingin memperkasa bidang kuasa mahkamah syariah, saya mencadangkan agar kerajaan boleh terus mengguna pakai draf RUU355 yang sudah disiapkan sebelum ini agar proses penggubalan tidak perlu bermula daripada peringkat awal semula, sementelah ia akan melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang sama,” katanya, dalam kenyataan di Facebook PAS.

Marzuk tertanya apakah kerajaan akan meneruskan usaha “yang dimulakan oleh PAS” itu, kerana masih belum lihat ‘tanda-tanda’ daripada kerajaan berhubung komitmen mereka untuk bentang RUU355 di Parlimen, katanya.

“Saya menyeru Umno agar memainkan peranan yang serius untuk mengangkat agenda ini, atau akan terus dilihat rakyat sebagai lemah dan hanya mengikut telunjuk DAP dalam gabungan kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini,” katanya.



Marzuk yang berkhidmat semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob, mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Semalam, Asyraf dilapor berkata Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam perlu mengesyorkan cadangan menaik taraf Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) kepada Majlis Raja-Raja dan kerajaan.

Pada 19 Okt 2022 lalu, menteri hah ehwal agama ketika itu, Idris Ahmad, dilapor berkata RUU 355 tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen. FMT

MASA BERKUASA TAK BUAT, LEPAS ITU NAK SALAHKAN ORANG LAIN



Marzuk minta Umno sambung usaha RUU355 PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker