Bilik saya di Sg Buloh masih ada – Anwar

Bilik saya di Sg Buloh masih ada – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada individu berkuasa “tidak boleh disentuh” yang menggelapkan wang dalam jumlah yang besar tetapi dapat mengelak daripada hukuman kerana berpengaruh.

“Saya sudah beritahu hang Datuk Seri ka, Tan Sri ka, hang Tun ka… hang baik kita salute (hormat), hang rompak kita tangkap, sumbat dalam penjara. Bilik saya di Sungai Buloh masih ada, (masih) kosong,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Sungai Buloh merujuk kepada tempoh pemenjaraannya pada 1999-2004 dan 2015-2018 selepas disabitkan dengan tuduhan liwat. Beliau dibebaskan pada 2014 apabila sabitannya dibatalkan dan pada 2018 apabila pengampunan penuh diraja diberikan.

Anwar berkata usaha kerajaan memerangi rasuah bukan kerana dendam lama tetapi kerana mahu membebaskan negara daripada gejala rasuah tanpa mengira pangkat dan peringkat umur.

Individu yang mengamalkan rasuah patut bimbang dengan kesannya namun mereka yang tidak melakukannya tidak perlu takut, katanya selepas merasmikan sebuah masjid di Berapit, Pulau Pinang.

“Ini orang yang rasuah berpuluh billion tak berani sentuh. Kalau sarjan polis kena kes RM200, orang marah habis. Saya tak kata betul (terima rasuah), kalau salah… salahlah,” katanya.

Tambahnya, orang yang menggelapkan wang dengan jumlah yang besar, seperti RM10 bilion, sering mengelak daripada hukuman kerana berpengaruh.

Beliau turut mempersoalkan penerimaan segelintir pihak terhadap kelakuan sedemikian.

“Tapi orang yang ambil RM10 bilion tak berani sentuh, sebab ada kuasa tak berani sentuh. Ada Ahli Parlimen sokong lagi, (didakwa) menganiaya, kesian kat dia… dia orang tua. Jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Ini hang belajar dari mana?

Anwar berkata tindakan memerangi rasuah bukan kerana dendam lama atau memfokuskan kes-kes lepas.

“Ini kata dendam, kes lama. Kalau ambil RM200 saya maafkan, tapi kes lama ambil RM20 billion, itu bukan duit aku, duit hang, tapi itu duit rakyat…”

Anwar sekali lagi menegaskan, beliau tidak mencampuri urusan mana-mana pihak berkuasa, sebaliknya usaha memerangi rasuah dilakukan secara menyeluruh.

“Saya tidak mahu bertolak ansur… makilah berbakul, seranglah… macam mana pun saya tidak akan bertolak ansur untuk bersihkan negara ini daripada perompak-perompak besar,” katanya. FMT

Bilik saya di Sg Buloh masih ada – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker